1 maut, 4 cedera ringan selepas ceroboh landasan KTMB
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Agensi Berita)
- KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala empat lagi cedera ringan selepas menceroboh landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan antara Teluk Pulai dan Klang pada 28 Januari.
- KTMB, dalam kenyataan pada Selasa, memaklumkan operasi KTM Komuter mengalami kelewatan lebih sejam pagi tadi selepas kereta api itu terlanggar lima lelaki penceroboh di Kilometer 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang.
- "Berikutan kejadian itu, tren tersebut mengalami kerosakan dan menyebabkan kelewatan melebihi 60 minit.
- Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha menegaskan landasan kereta api adalah kawasan larangan dan individu yang menceroboh landasan kereta api boleh dikenakan denda sebanyak RM500 (S$153.70) di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala empat lagi cedera ringan selepas menceroboh landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di laluan antara Teluk Pulai dan Klang pada 28 Januari.
KTMB, dalam kenyataan pada Selasa, memaklumkan operasi KTM Komuter mengalami kelewatan lebih sejam pagi tadi selepas kereta api itu terlanggar lima lelaki penceroboh di Kilometer 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang.
Menurut kenyataan tersebut, insiden pada pukul 6.39 pagi itu melibatkan tren KTM Komuter dari Stesen Jalan Kastam yang membawa 200 penumpang mengakibatkan seorang penceroboh meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi cedera ringan.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
"Berikutan kejadian itu, tren tersebut mengalami kerosakan dan menyebabkan kelewatan melebihi 60 minit. Lokomotif bantuan telah dihantar untuk membawa tren komuter yang terjejas bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan mayat dilakukan, agar perkhidmatan tren dapat kembali beroperasi seperti biasa.
"Penumpang yang terjejas dibawa ke Stesen Klang untuk menaiki bas pengantara percuma ke Stesen Subang Jaya bagi meneruskan perjalanan mereka ke destinasi masing-masing,” menurut kenyataan KTMB.
Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha menegaskan landasan kereta api adalah kawasan larangan dan individu yang menceroboh landasan kereta api boleh dikenakan denda sebanyak RM500 (S$153.70) di bawah Seksyen 126, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.