Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, 23 cedera dalam insiden letupan di sekolah Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 23 cedera dalam insiden letupan di sekolah Myanmar

Bendera kebangsaan Myanmar. (Gambar: iStock/ugurhan)

YANGON: Seorang kanak-kanak maut manakala 23 lagi cedera dalam letupan di sebuah sekolah rendah di wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor Xinhua.

Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri Myanmar dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari waktu tempatan di bandar Dawei.

Sebutir bom yang ditinggalkan oleh pengganas semasa serangan sebelum ini ditemukan oleh murid semasa membersihkan kawasan sekolah sebelum membawanya kepada guru. 

Bagaimanapun, bom itu terjatuh dan meletup, menyebabkan seorang murid maut dan mencederakan 22 yang lain serta penjaga seorang murid.

Mereka yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan