Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, 20 masuk hospital terhidu gas beracun di India

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 20 masuk hospital terhidu gas beracun di India

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 28 Nov 2024 03:16PM Dikemas Kini : 28 Nov 2024 03:20PM
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya seorang maut dan 20 lagi jatuh sakit selepas dipercayai terhidu gas beracun di sebuah kilang farmaseutikal di wilayah Andhra Pradesh, selatan India, menurut para pegawai pada Rabu (27 Nov).

Kejadian itu berlaku di Anakapalli di Visakhapatnam, bandar terbesar di Andhra Pradesh.

Menurut para pegawai, kakitangan di dalam kilang itu terhidu campuran Asid Hidroklorik (HCL) dan Klorofom yang disyaki jatuh di atas lantai, menyebabkan mereka mengalami masalah pernafasan.

Media tempatan melaporkan pengurusan syarikat tersebut tidak memberi amaran kepada para pekerja yang terlibat dalam kerja pembersihan mengenai bahaya terhidu gas beracun itu.

Polis telah membuka kertas siasatan dan mengarahkan siasatan lanjut ke atas kejadian tersebut.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan