Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, 20 cedera akibat tembakan pada malam Halloween di AS

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 20 cedera akibat tembakan pada malam Halloween di AS

(Gambar: AFP/SCOTT OLSON / GETTY IMAGES NORTH AMERICA)

AMERIKA SYARIKAT: Satu orang terbunuh dan kira-kira 20 cedera pada malam Halloween di dua kejadian tembakan berasingan di bandar Amerika Syarikat (AS), Kansas City dan Chicago, menurut polis.

Antara lima dengan tujuh orang ditembak dan satu disahkan mati dalam insiden tembakan di sebuah rumah di Kansas City, di mana 70 hingga 100 remaja sedang berpesta pada malam Isnin (31 Okt), kata ketua polis bandar itu, Karl Oakman.

Beberapa individu yang tidak dikenali pemilik rumah itu mula melepaskan tembakan apabila diminta beredar, Encik Oakman memberitahu wartawan.

Di Chicago, 14 orang, termasuk dua kanak-kanak dan seorang remaja, cedera akibat tembakan sepintas lalu oleh seorang pemandu, namun tiada laporan mengenai sebarang kematian, polis Chicago menyatakan.

Tujuh mangsa yang cedera, termasuk tiga individu bawah umur, berada dalam keadaan serius atau kritikal.

Dua penembak, menaiki kenderaan SUV gelap, menembak ke arah sekumpulan orang yang berdiri di persimpangan jalan, menurut polis, membetulkan kenyataan sebelum ini yang menyatakan sebanyak 14 orang ditembak.

Polis tidak dapat mengenal pasti pesalah tersebut atau mempunyai sebarang maklumat mengenai motif serangan itu, kata Superintendan polis Chicago David Brown semasa sidang akhbar.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan