Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, 2 tidak sedarkan diri susuli kejadian tembakan dan tikaman di Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Seorang wanita maut dan dua lagi orang tidak sedarkan diri selepas satu kejadian tembakan dan tikaman di kawasan luar bandar Jepun pada Khamis (25 Mei). Pelakunya kemudian mengurung diri di dalam sebuah bangunan, lapor media tempatan.

Menurut beberapa butiran awal mengenai kejadian itu, seorang lelaki yang berpakaian seragam tentera menikam seorang wanita dengan pisau dan menembaknya menggunakan apa yang dipercayai senapang memburu, menurut televisyen negara NHK.

Dua pegawai polis tidak sedarkan diri manakala seorang lagi cedera, tambah NHK.Tidak segera jelas sama ada wanita yang mati itu dibunuh dengan pisau atau akibat ditembak, atau bagaimana mangsa lain cedera.

Jenayah melibatkan penggunaan senjata api jarang berlaku di Jepun, di mana pemilikan senjata dikawal ketat.

Selain itu, pemilik senjata api perlu menghadiri kelas, lulus peperiksaan dan menjalani pemeriksaan kesihatan serta latar belakang sebelum dibenarkan memiliki senjata tersebut.
Sumber : Reuters/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan