Skip to main content

Dunia

1 maut, 2 ditahan dalam insiden berbalas tembakan di Thailand

Seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di daerah Yi-ngo, Narathiwat.

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 2 ditahan dalam insiden berbalas tembakan di Thailand

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 23 Apr 2021 09:29PM Dikemas Kini : 23 Apr 2021 09:34PM

NARATHIWAT: Seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di daerah Yi-ngo, Narathiwat.

Insiden tembakan itu berlaku semalam (22 Apr). 

Dalam pertempuran itu, dua lagi lelaki tempatan yang juga dipercayai adalah anggota kumpulan militan turut ditahan. 

Ketua Polis Daerah Yi-ngo Kolonel Warong Kerdsawat berkata insiden bermula selepas sekumpulan lelaki yang menunggang motosikal melontarkan bom paip ke arah pondok kawalan keselamatan di Mukim Luborbaya pada kira-kira 7.45 malam (waktu tempatan). 

Beliau berkata kumpulan itu sudah bertembung dengan pasukan keselamatan yang sedang membuat rondaan di kawasan berdekatan ketika cuba melarikan diri. 

“Kejadian berbalas tembakan antara kumpulan militan dan pasukan keselamatan berlaku. 

“Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemui satu mayat dan menahan dua lagi anggota (kumpulan) militan itu,” katanya dalam sidang media.  

Beliau berkata kedua-dua lelaki yang ditahan berusia 25 dan 36 tahun. 

Sementara itu,  jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Watcharagorn Onngern berkata Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak mengarahkan pasukan keselamatan mempergiatkan usaha menjejaki seorang lagi suspek yang berjaya meloloskan diri. 

“Kriangkrai mengarahkan agar pasukan keselamatan di sempadan memperketatkan kawalan di wilayah sempadan,” katanya lagi. 

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita