Skip to main content

Dunia

1 maut, 18 cedera selepas bas ekspres terbabas di Selangor

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 18 cedera selepas bas ekspres terbabas di Selangor

Bas ekspres itu dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda di KM293.4 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Bangi, Selangor pada awal pagi Sabtu (11 Okt). (Gambar: Balai Bomba Dan Penyelamat Bangi/Facebook)

Diterbitkan : 11 Oct 2025 11:37AM Dikemas Kini : 11 Oct 2025 11:38AM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala 18 lagi cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda di KM293.4 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Bangi, Selangor pada awal pagi Sabtu (11 Okt).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.57 pagi.

Beliau berkata mangsa yang maut ialah penumpang lelaki berusia 59 tahun yang ditemukan tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di tempat kejadian.

"Sebanyak 18 mangsa lain cedera dan menerima rawatan di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Encik Ahmad Mukhlis berkata operasi menyelamat melibatkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Seri Kembangan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama beberapa jentera termasuk unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita