1 maut, 17 hilang susuli hujan lebat di Chongqing
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
CHONGQING: Seorang maut manakala 17 lagi masih belum dapat dikesan selepas hujan lebat melanda daerah Yongchuan di Perbandaran Chongqing, di barat daya China sejak Sabtu malam (23 Mei), menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Ribut melanda daerah itu dari Sabtu malam hingga pagi Ahad(24 Mei).
Daerah Chashanzhuhai merekodkan curahan hujan tertinggi sebanyak 296.6 milimeter (mm) antara pukul 2.00 pagi hingga 4.00 pagi Ahad, dengan kelebatan maksimum hujan sejam mencecah 103.6 mm, menurut ibu pejabat operasi kawalan banjir dan menyelamat.
Usaha menyelamat dan respons kecemasan sedang giat dijalankan.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.