Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, 12 cedera belon udara panas terhempas di pulau Jeju

Malang tidak berbau! Seorang pengendali belon udara panas maut manakala 12 pelancong di dalamnya cedera setelah belon itu terhempas di pulau Jeju.

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 12 cedera belon udara panas terhempas di pulau Jeju

(Gambar: YONHAP / AFP)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 04:08PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 04:17PM

KOREA SELATAN: Malang tidak berbau! Seorang pengendali belon udara panas maut manakala 12 pelancong di dalamnya cedera setelah belon itu terhempas di pulau Jeju.

Insiden itu berlaku sekitar pukul 8.00 pagi tadi (12 Apr).

Belon udara panas itu sedang menuju ke sebuah ladang ternakan apabila ia merempuh bukit.

Pengendali belon udara panas itu mengalami serangan jantung dan beliau dikejarkan ke hospital. Malangnya beliau kemudian disahkan meninggal dunia.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan itu.

Sekalipun begitu, pihak berkuasa percaya belon udara panas tersebut merempuh sebatang pokok dan kemudian hilang kawalan semasa mendarat.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan