Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, 10 cedera dalam letupan bom di Narathiwat

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 10 cedera dalam letupan bom di Narathiwat

(Gambar: Tuwaedaniya Meringing/Facebook)

NARATHIWAT: Seorang anggota renjer maut manakala 10 lagi cedera, termasuk dua orang awam dalam dua letupan bom di sebuah ladang getah di Narathiwat, selatan Thailand. 

Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Pol Waesamae Salae berkata dalam insiden pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan), seorang penoreh getah, 55 tahun, cedera parah dalam letupan pertama di daerah Sungai Padi. 

Berikutan kejadian itu, beliau berkata anggota polis, renjer dan skuad pemusnah bom bergegas ke tempat kejadian. 

Beliau berkata sebutir bom yang ditempatkan kira-kira 200 meter dari tempat kejadian meletup pada pukul 7.40 pagi (waktu tempatan).

“Berikutan letupan kedua, seorang anggota renjer meninggal dunia di tempat kejadian manakala sembilan lagi cedera, termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Padi dan seorang orang awam,” katanya kepada para pemberita pada Isnin (15 Ogos). 

Beliau berkara semua yang cedera kini menerima rawatan di hospital. 

“Skuad pemusnah bom menemui dua butir bom dan ia berjaya dimusnahkan,” katanya. 

Sementara itu, Komander Tentera Bahagian Keempat, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak mengarahkan pihak berkuasa supaya mempergiatkan usaha menjejaki dalang di sebalik letupan itu. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan