Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, 10 cedera bas meletup di selatan Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 10 cedera bas meletup di selatan Filipina

(Gambar: Rakaman video Facebook /John Dolojo Degoma)

Diterbitkan : 06 Nov 2022 07:05PM Dikemas Kini : 06 Nov 2022 07:06PM
COTABATO: Sebuah bom buatan sendiri meletup dalam bas dan membunuh seorang penumpang dan mencederakan 10 yang lain dalam bandar selatan Filipina pada Ahad (6 Nov).

Pihak berkuasa mengesyaki serangan itu adalah sebahagian daripada percubaan peras ugut.

Bas itu dengan jumlah penumpang yang tidak dinyatakan sedang menuju ke sebuah terminal bas di bandar Tacurong di wilayah Sultan Kudarat apabila bom berkenaan meletup di belakang kenderaan sejurus sebelum waktu tengah hari, menurut polis.

Para penyiasat sedang cuba menentukan jika penyerangnya adalah dari kumpulan bersenjata sama yang melancarkan serangan serupa pada tahun-tahun sebelumnya untuk memeras ugut wang daripada Yellow Bus Line yang beroperasi di bandar utama selatan Filipina, menurut pegawai tentera dan polis.

Komander tentera wilayah, Mejar Jeneral Roy Galido, berkata syarikat bas itu "sering menerima mesej paras ugut".

Tentera dan polis bekerjasama dengan pemilik bas untuk menangkap pelakunya.

Polis menuduh kumpulan Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro, sebuah pasukan pemberontak yang bersekutu dengan kumpulan pengganas ISIS atas pengeboman serupa pada masa lalu.
Sumber : AP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan