Skip to main content

Dunia

1 mati, 10 cedera dalam serangan pedang di kolej Finland

Seorang pelajar lelaki yang bersenjatakan sebilah pedang membunuh seorang wanita dan mencederakan 10 yang lain di sebuah maktab kejuruan di bandar Kuopio dekat timur Finland.

Anggaran Waktu Membaca:
1 mati, 10 cedera dalam serangan pedang di kolej Finland

Suspek memecah masuk sebuah bilik darjah di Kolej Vokasioanl Savo, terletak dalam pusat beli-belah Herman, pada 1 Okt 2019. (Gambar: Reuters/IL-TV)

Diterbitkan : 02 Oct 2019 04:03PM Dikemas Kini : 02 Oct 2019 04:04PM

HELSINKI: Seorang pelajar lelaki yang bersenjatakan sebilah pedang membunuh seorang wanita dan mencederakan 10 yang lain di sebuah maktab kejuruan di bandar Kuopio dekat timur Finland.

Maktab tersebut terletak di sebuah gedung beli-belah dan serangan tersebut dilancarkan sekitar tengah hari.

Motifnya belum diketahui.

Seorang saksi dilaporkan sebagai berkata pelajar berkenaan masuk ke dalam bilik darjah dengan membawa beg besar.

Dia mengeluarkan pedang dari beg itu lalu menyerang seorang guru.

Menurut polis, penyerang tersebut berusia 25 tahun dan seorang rakyat tempatan.

Dia sudah ditangkap tetapi cedera kerana ditembak polis.

Selain pedang, dia juga membawa senjata api.

Semasa menyerbu rumah lelaki itu, polis menemui beberapa bom minyak. 

Sumber : AFP/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita