1 bilion penduduk di 43 negara diancam penyakit taun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Aaref Watad/AFP)
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 1 bilion penduduk di 43 negara berisiko dijangkiti taun meskipun 'pandemik yang membunuh golongan miskin' itu boleh dicegah dan rawatannya adalah mudah.
Pengurus Insiden PBB untuk tindak balas taun global, Henry Gray berkata keadaannya agak meruncing kerana dunia berdepan isu kekurangan sumber untuk membendung penularannya.
Agensi itu berkata, kira-kira AS$640 juta (S$860 juta) diperlukan untuk memerangi penyakit berjangkit itu sambil memberi amaran akan berlaku satu "malapetaka taun" jika tindakan segera tidak diambil.
Setakat tahun ini, 24 negara melaporkan penularan wabak taun berbanding 15 pada pertengahan Mei tahun lalu.
Bahkan, negara-negara yang biasanya tidak terjejas oleh taun kini turut terjejas dan kadar kematian kes jauh melebihi kadar biasa satu dalam setiap 100 individu.
Encik Gray berkata penyakit itu bertambah disebabkan kemiskinan, konflik dan perubahan iklim serta perpindahan penduduk yang menyumbang kepada faktor pencetusnya.
"Dengan lebih banyak negara terjejas taun, sumber yang ada untuk pencegahan dan tindak balas semakin berkurangan," ujarnya dalam satu sidang media.
Taun atau kolera menular daripada bakteria yang biasanya disebarkan melalui makanan atau air yang tercemar.
Ia menyebabkan cirit-birit dan muntah dan boleh membahayakan kanak-kanak kecil.
Kira-kira 36 juta dos vaksin taun dihasilkan tahun lalu, tetapi ia tidak dilihat sebagai satu produk yang menarik bagi pengeluar, kerana tiadanya pasaran di negara kaya.
Contohnya, lebih 18 juta dos vaksin taun oral diperlukan untuk tahun ini, tetapi hanya 8 juta diperoleh menyebabkan dan kempen pencegahan penyakit itu terpaksa dihentikan.
Lantaran itu, Encik Gray berkata, daripada dua dos penuh yang perlu diberikan, hanya satu yang dikeluarkan kepada penerima.
Bilangan dos yang disediakan mungkin naik seganda menjelang 2025 dan kemudian berganda lagi menjelang 2027.
"Kami tidak akan ada dos yang cukup, walaupun dengan jumlah itu, jika trend sekarang berterusan," kata Encik Gray.
Kes taun terus merosot dalam tempoh 10 tahun lalu tetapi trend itu berubah pada 2021.

Sumber : AFP/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.