Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 anggota polis maut, 3 lagi cedera dalam letupan bom di Pattani

Bom buatan sendiri yang dipasang pada sebuah tong sampah di tepi jalan di depan Hospital Mai Kaen, dipercayai diaktifkan dengan 'walkie-talkie', dedah polis.

Anggaran Waktu Membaca:
PATTANI: Seorang anggota polis maut manakala tiga lagi cedera dalam satu insiden letupan bom berdekatan sebuah hospital di Mai Kaen di Pattani.  

Ketua Polis Mai Kaen, Kol Pol. Torlap Lengha berkata dalam insiden pada 7.40 malam (waktu tempatan) pada Selasa (20 Sep), sepasukan polis yang menaiki pikup dan motosikal, membuat rondaan di depan Hospital Mai Kaen. 

“Sebutir bom buatan sendiri yang dipasang pada sebuah tong sampah di tepi jalan di depan Hospital Mai Kaen, dipercayai diaktifkan dengan 'walkie-talkie'.

“Letupan yang kuat menyebabkan seorang anggota polis yang menuggang motosikal maut manakala tiga yang lain cedera,” katanya pada sidang media selepas meninjau tempat kejadian semalam (21 Sep).

Beliau berkata semua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. 

Torlap berkata letupan yang kuat menyebabkan motosikal yang dinaiki mangsa musnah terbakar. 

Selain itu, beliau berkata sebuah sekolah dan dua gerai berhampiran tempat kejadian, turut mengalami kerosakan. 
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan