Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1,500 'harta pusaka' Disneyland, Walt Disney World akan dilelong

Sebuah galeri seni di California, Amerika Syarikat. akan melelongkan lebih 1,500 barangan lama taman tema Disneyland dan Walt Disney World sejak ia mula diasaskan pada tahun-tahun 1950-an.

Anggaran Waktu Membaca:
1,500 'harta pusaka' Disneyland, Walt Disney World akan dilelong
Diterbitkan : 12 Nov 2019 08:39PM Dikemas Kini : 12 Nov 2019 08:42PM

LOS ANGELES: Sebuah galeri seni di California, Amerika Syarikat. akan melelongkan lebih 1,500 barangan lama taman tema Disneyland dan Walt Disney World sejak ia mula diasaskan pada tahun-tahun 1950-an.

Dari papan tanda, dokumen asal dan peta ke cendera hati, patung serta mainan Walt Disney, semuanya akan dilelong dalam sesi dua hari mulai 7 Disember ini.

Ada patung burung bergerak yang dianggarkan boleh dijual pada harga antara AS$80,000 hingga AS$100,000 (S$108,906 - S$136,133).

Barangan Disney yang jarang ditemui tersebut didakwa sebagai koleksi para penggemar Disney dan akan menjadi rebutan mereka yang pernah melawat taman tema Disney di merata dunia. 

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan