Skip to main content

Dunia

1,300 orang di UK tersilap disahkan hidap COVID-19

Satu kesilapan yang dibuat di makmal ujian COVID-19 di Sistem Kesihatan Nasional (NHS) kerajaan Britain membawa pada lebih 1,300 orang di negara itu disahkan dijangkiti COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
1,300 orang di UK tersilap disahkan hidap COVID-19

(Gambar: REUTERS/Henry Nicholls)

Diterbitkan : 28 Nov 2020 11:26PM Dikemas Kini : 29 Nov 2020 01:05AM

LONDON: Satu kesilapan yang dibuat di makmal ujian COVID-19 di Sistem Kesihatan Nasional (NHS) kerajaan Britain membawa kepada lebih 1,300 orang di negara itu disahkan dijangkiti COVID-19. Demikian menurut Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial kepada Reuters pada Sabtu (28 Nov).

"Sistem Ujian dan Jejak NHS telah menghubungi 1,311 individu yang secara salah diberitahu bahawa hasil ujian COVID-19, yang diambil antara 19 Nov dan 23 Nov, adalah positif. Disebabkan masalah dengan sekumpulan bahan ujian kimia, keputusan ujian mereka kini tidak sah," kata jurucakap jabatan itu dalam satu kenyataan melalui e-mel.

"Kami dengan cepat bertindak untuk memberi tahu mereka yang terjejas dan minta mereka untuk menjalani ujian lagi serta terus mengasingkan diri jika mereka mengalami gejala."

Kesilapan makmal itu merupakan satu "kejadian terpencil" dan sedang disiasat, tambah kenyataan itu.

Kerajaan Britain telah mengumumkan tambahan £7 bilion pound (S$12.45 bilion) bagi sistem ujian dan pengesanan kenalan COVID-19 sebagai sebahagian daripada program ujian besar-besaran yang diperluas.

Pada September, hampir 16,000 rekod kes positif COVID-19 hilang dari sistem NHS selama beberapa hari - menyebabkan usaha mengesan kenalan rapat kes tergendala.

UK mempunyai sekitar 1.6 juta kes COVID-19 dan lebih 57,500 kematian, menurut kiraan Reuters. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita