Skip to main content

Iklan

Iklan

Dua insan ini membatalkan puasa untuk menyelamatkan nyawa

Sedang berjuta-juta penganut Muslim berpuasa pada bulan Ramadan, seorang lelaki 22 tahun dari bandar Ladnun di daerah Nagaur membatalkan puasanya untuk menyelamatkan seorang wanita hamil, yang mengalami komplikasi pada kandungannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua insan ini membatalkan puasa untuk menyelamatkan nyawa

Encik Md. Panaulla Ahmed (kiri). (Gambar: Sahafi e Deccan/Facebook)

Diterbitkan : 30 May 2019 12:22AM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 09:54PM

JAIPUR: Sedang berjuta-juta penganut Muslim berpuasa pada bulan Ramadan, seorang lelaki 22 tahun dari bandar Ladnun di daerah Nagaur membatalkan puasanya untuk menyelamatkan seorang wanita hamil, yang mengalami komplikasi pada kandungannya.

Encik Ashraf Khan, yang bakal menyertai tentera India, terlihat satu pesanan di media sosial, yang memohon sumbangan darah bagi seorang wanita, yang dikenali sebagai Savitri Devi.

Wanita yang hamil itu mempunyai tahap hemoglobin yang rendah sekali gus memerlukan pemindahan darah. Beliau dirawat di hospital pemerintah di Sujangarh di daerah Churu.

"Saya melihat pesanan dengan nombor telefon individu yang memerlukan darah jenis B- untuk kakak iparnya. Saya serta merta menghubunginya. Pada mulanya saya memberitahu mereka bahawa saya boleh datang pada waktu malam kerana sedang berpuasa.

Bagaimanapun, para anggota keluarga wanita itu memberitahu bahawa para doktor minta mereka membuat keputusan bagi pemindahan darah tersebut segera kerana beliau mengalami komplikasi," kata Encik Ashraf kepada Times of India.

Dalam satu insiden berasingan, di Guwahati, Encik Md. Panaulla Ahmed berusia 26 tahun, turut membatalkan puasanya untuk menyelamatkan seorang pesakit yang memerlukan darah.

Hindustan Times melaporkan, beliau mendapat tahu berita itu daripada rakan sebiliknya Encik Tapash Bhagawati. Temannya seorang ahli anggota Team Humanity, iaitu sebuah kumpulan relawan penderma darah.

Mendapat tahu hal tersebut, Encik Panaulla segera menawarkan untuk mendermakan darahnya.

Oleh kerana sifat murni Encik Panaulla, pesakit yang menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tumbuhan di bahagian perutnya dapat diselamatkan.

"Saya mendapatkan pandangan beberapa guru agama yang menggalakkan saya untuk meneruskan niat saya menderma tetapi mereka menasihati supaya saya tidak meneruskan puasa jika saya berasa lemah," kata Encik Panaulla.

"Kami amat berterima kasih di atas apa yang Encik Panaulla lakukan. Saya terkejut beliau membatalkan puasa untuk menderma darah. Malah beliau enggan menerima apa-apa tanda penghargaan dari kami," kata Encik Binod Baishya abang ipar kepada pesakit itu.  

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan