Skip to main content

DPM Heng puji rakyat S'pura kerana kekal bersatu di tengah-tengah penularan COVID-19

Timbalan Perdana Menteri memuji rakyat Singapura kerana kekal bersatu di tengah-tengah penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Mar 2020 07:26PM Dikemas Kini : 07 Mar 2020 10:17PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri memuji rakyat Singapura kerana kekal bersatu di tengah-tengah penularan COVID-19.

Beliau menyeru masyarakat supaya melakukan lebih banyak lagi bagi menunjukkan penghargaan kepada para pekerja barisan hadapan.

DPM Heng berada di pelancaran kempen Pergerakan Baik Budi Singapura.

Dipanggil 'Overcome as One', ia menggalak orang ramai untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada para pekerja barisan hadapan menerusi rakaman video serta menderma barangan seperti cecair pembasmi kuman dan pelitup.

Tambah beliau penularan COVID-19 bukan sahaja ujian kepada sistem respons perubatan negara tetapi juga kepada sikap dan nilai kita.

Beliau yakin, rakyat Singapura dapat bangkit daripada penularan ini lebih kuat, bersatu dan berdaya tahan sebagai rakyat yang bersatu. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita