Denmark lapor kes pertama COVID-19
Denmark melaporkan kes pertama jangkitan virus korona COVID-19 melibatkan seorang lelaki yang pulang dari bermain ski di utara Itali di mana ia merupakan kawasan di mana banyak kes jangkitan virus itu dilaporkan.
(Gambar: CDC)
COPENHAGEN: Denmark melaporkan kes pertama jangkitan virus korona COVID-19 melibatkan seorang lelaki yang pulang dari bermain ski di utara Itali di mana ia merupakan kawasan di mana banyak kes jangkitan virus itu dilaporkan.
“Beliau pulang daripada percutian bermain ski bersama isteri dan anak lelakinya pada 24 Februari lalu. Beliau mula batuk dan demam sejak itu.
“Hanya lelaki itu diuji positif, sementara ujian ke atas isteri dan anaknya menunjukkan negatif,” menurut agensi kesihatan awam dalam kenyataannya.
Katanya, keadaan mangsa kini stabil dan dibenarkan pulang ke rumahnya.
Beliau masih dikuarantin bersama ahli keluarganya yang lain.
Sementara itu, menurut Stesen TV2, lelaki yang dijangkiti itu adalah salah seorang kakitangannya.
Setakat ini, Itali sudah melaporkan sebanyak 400 kes COVID-19 dengan kebanyakannya dikesan di utara negara itu, dengan12 kematian dilaporkan sejauh ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.