Skip to main content

Misteri Jam 12

MJ12 ORIGINAL EP41: KAWAN ATAS MOTOR

Misteri_Jam_12
08 Sep 2026 01:01AM
14 min

Lebih 25 tahun lalu, Melur sering melalui jalan tanah sunyi di belakang rumahnya untuk ke sekolah. Suatu pagi, dia terlihat seorang pelajar perempuan berjalan seorang diri lalu menawarkan tumpang menaiki motor. Dari hari itu, gadis tersebut menjadi penumpang tetapnya setiap pagi. Mereka berbual, bergelak dan berkongsi cerita seperti kawan biasa. Namun, ada satu perkara yang Melur tidak pernah sedar selama berbulan-bulan.. dia langsung tidak tahu nama, kelas atau rumah gadis itu. Lebih pelik, tiada seorang pun di sekolah yang mengenalinya. Apabila gadis itu tiba-tiba hilang, barulah Melur mula tertanya-tanya… siapakah sebenarnya “kawan atas motor” yang hanya muncul di jalan sunyi itu setiap pagi?

Latest Episods

MJ12 ORIGINAL EP50: HANTU BUNGKUS

Sebuah perjalanan pulang lewat kawasan kebun Pak Asit bertukar menjadi pengalaman seram apabila Man dan rakannya, Mail, terpaksa menolak motosikal yang tiba-tiba rosak hampir tengah malam. Di kawasan yang terkenal dengan cerita “hantu bungkus”, mereka terlihat satu susuk putih sedang duduk di atas batu besar, diselubungi bau hanyir yang kuat.

13 min

MJ12 ORIGINAL EP49: PONTIANAK POKOK KEKABU

Bermula ketika Amanda masih bayi, toknya pernah mengalami kejadian pelik apabila melihat Amanda seolah-olah sedang berbual dengan sesuatu di luar buaian pada waktu tengah malam. Tok ternampak susuk perempuan berambut panjang dan berwajah pucat sedang menyangkung di sisi buaian, merenung Amanda yang sedang tidur. Apa yang lebih mengejutkan, atok memberitahu bahawa makhluk itu dipercayai…

12 min

MJ12 ORIGINAL EP48: UMMU SIBYAN

Sebuah percutian keluarga ke Melaka bertukar menjadi pengalaman seram apabila seorang kanak-kanak tiba-tiba enggan masuk ke dalam lif dan mendakwa takut “kena makan”, walaupun tiada apa-apa yang kelihatan. Beberapa hari kemudian, selepas pulang ke rumah, maksu Humaira mula menunjukkan perubahan sikap yang ketara sebelum akhirnya mengalami kejadian misteri ketika mendapatkan rawatan. Menurut…

13 min

MJ12 ORIGINAL EP47: TAKSUB DENGAN BOMOH

Apabila kesihatan arwah ayahnya semakin merosot, keluarga Lo pada mulanya mendapatkan rawatan perubatan seperti biasa. Namun kerana terlalu percaya pada andaian bahawa sakit itu berpunca daripada gangguan, ayahnya mula mendapatkan rawatan daripada seorang perawat yang didakwa mampu mengenal pasti punca penyakit secara mistik. Keadaan semakin membimbangkan apabila rawatan tersebut berlarutan…

16 min

MJ12 ORIGINAL EP46: NAK TUTUP HIJAB

Sejak kecil, Aman dikatakan mampu melihat sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh orang lain. Pada mulanya dia menganggap apa yang dilihatnya itu perkara biasa — sehinggalah makhluk-makhluk tersebut mula mengganggu kehidupan dan kesihatannya.

Daripada “tetamu” yang datang ketika kenduri, makhluk yang meminta air, hinggalah sesuatu yang dikatakan mengekori ahli keluarga pulang ke rumah,…

14 min