Skip to main content

Misteri Jam 12

MJ12 ORIGINAL EP14: AKIBAT DENGAR AUDIO RASUKAN

Misteri_Jam_12
06 Jun 2026 12:01AM
14 min

Selepas berbulan-bulan menjalani rawatan akibat gangguan sihir, Shima menyangka dirinya sudah mula pulih. Namun semuanya berubah selepas dia mendengar satu rakaman audio kerasukan yang ditemui di sebuah blog. Pada malam yang sama, dia mula mengalami kejadian-kejadian aneh.

Kemuncaknya, ketika sesi rukyah dijalankan, Shima mula bercakap dalam bahasa yang tidak pernah diketahuinya. Adakah semuanya sekadar kebetulan, atau ada sesuatu yang mengikuti selepas dia mendengar audio tersebut? 

Latest Episods

MJ12 ORIGINAL EP27: JIN KAFIR PENUNGGU KEBUN DURIAN

Penunggu Durian mengisahkan pengalaman Mat bersama arwah Pak Longnya, seorang alim yang disegani penduduk kampung. Segalanya bermula apabila seorang budak tiba-tiba hilang selepas mandi sungai, sebelum Pak Long mendedahkan bahawa mangsa sebenarnya telah "disembunyikan". Pencarian membawa mereka ke sebuah kebun durian lama yang dipercayai dihuni penunggu, di mana Mat…

13 min

MJ12 ORIGINAL EP26: PARANORMAL DI JOHOR

Sekumpulan anak muda yang obses dengan aktiviti paranormal nekad memburu pengalaman mistik di beberapa lokasi sekitar Johor. Bermula dengan rakaman sosok misteri dan suara wanita yang tidak diketahui asal usulnya, mereka kemudiannya berdepan pelbagai kejadian menyeramkan yang sukar dijelaskan.

13 min

MJ12 ORIGINAL EP25: CINTA BUNIAN

Selepas pulang ke rumah panjang di Betong sempena sambutan Gawai, Desiree mengalami pengalaman yang sukar dijelaskan apabila dia tertidur selama tiga hari tiga malam. Dalam lena yang terasa begitu nyata, dia mendakwa telah "berkahwin" dengan seorang lelaki misteri dari alam lain sehingga sukar menerima hakikat apabila kembali sedar. Adakah itu sekadar mimpi, atau benarkah dia hampir menjadi…

13 min

MJ12 ORIGINAL EP24: KONDO PUAKA

Kondo Puaka mengisahkan pengalaman Nur Diana ketika menetap di sebuah kondominium lama yang dijadikan asrama kolej sekitar tahun 2004 hingga 2007. Bermula dengan bunyi misteri di dalam bilik, lif yang sering berhenti sendiri, sehinggalah kemunculan lembaga berpakaian putih dan gangguan yang mengekori penghuni pulang ke rumah, setiap kejadian membuatkan mereka percaya bangunan…

13 min

MJ12 ORIGINAL EP23: BERCUTI DI KAMPUNG

Enam sahabat bercuti di sebuah homestay kampung di Perlis untuk menikmati suasana tenang selepas tamat SPM. Namun, percutian yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang "nenek bongkok" mula muncul.

14 min