Misteri Jam 12
MJ12 ORIGINAL EP27: JIN KAFIR PENUNGGU KEBUN DURIAN
Penunggu Durian mengisahkan pengalaman Mat bersama arwah Pak Longnya, seorang alim yang disegani penduduk kampung. Segalanya bermula apabila seorang budak tiba-tiba hilang selepas mandi sungai, sebelum Pak Long mendedahkan bahawa mangsa sebenarnya telah "disembunyikan". Pencarian membawa mereka ke sebuah kebun durian lama yang dipercayai dihuni penunggu, di mana Mat…
MJ12 ORIGINAL EP26: PARANORMAL DI JOHOR
Sekumpulan anak muda yang obses dengan aktiviti paranormal nekad memburu pengalaman mistik di beberapa lokasi sekitar Johor. Bermula dengan rakaman sosok misteri dan suara wanita yang tidak diketahui asal usulnya, mereka kemudiannya berdepan pelbagai kejadian menyeramkan yang sukar dijelaskan.
MJ12 ORIGINAL EP25: CINTA BUNIAN
Selepas pulang ke rumah panjang di Betong sempena sambutan Gawai, Desiree mengalami pengalaman yang sukar dijelaskan apabila dia tertidur selama tiga hari tiga malam. Dalam lena yang terasa begitu nyata, dia mendakwa telah "berkahwin" dengan seorang lelaki misteri dari alam lain sehingga sukar menerima hakikat apabila kembali sedar. Adakah itu sekadar mimpi, atau benarkah dia hampir menjadi…
MJ12 ORIGINAL EP24: KONDO PUAKA
Kondo Puaka mengisahkan pengalaman Nur Diana ketika menetap di sebuah kondominium lama yang dijadikan asrama kolej sekitar tahun 2004 hingga 2007. Bermula dengan bunyi misteri di dalam bilik, lif yang sering berhenti sendiri, sehinggalah kemunculan lembaga berpakaian putih dan gangguan yang mengekori penghuni pulang ke rumah, setiap kejadian membuatkan mereka percaya bangunan…
MJ12 ORIGINAL EP23: BERCUTI DI KAMPUNG
Enam sahabat bercuti di sebuah homestay kampung di Perlis untuk menikmati suasana tenang selepas tamat SPM. Namun, percutian yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang "nenek bongkok" mula muncul.
Iklan
Terus Bersama Kami
Muat turun app kami untuk dapatkan berita terkini pada bila-bila masa