Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Universiti berdepan cabaran pastikan siswa dapat pengalaman kerja

Universiti-universiti di sini sedang berdepan dengan cabaran bagi memastikan para mahasiswa dapat pengalaman bekerja sedang syarikat menghentikan program amali di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Universiti berdepan cabaran pastikan siswa dapat pengalaman kerja

(Gambar: Darius Boey)

Diterbitkan : 18 Apr 2020 05:59PM Dikemas Kini : 18 Apr 2020 06:03PM

SINGAPURA: Universiti-universiti di sini sedang berdepan dengan cabaran bagi memastikan para mahasiswa dapat pengalaman bekerja sedang syarikat menghentikan program amali di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Sebuah universiti menyatakan hanya separuh mahasiswa dapat melakukan latihan amali semasa cuti semester yang akan bermula bulan depan.

Ada universiti pula memberitahu Mediacorp bahawa pihaknya sedang meninjau pilihan tanggungan kredit seperti berdasarkan projek dan urusan melalui alam maya.

Di sekolah perniagaan NTU, hanya separuh daripada 2,600 mahasiswa yang perlu menjalani latihan amali sudah mendapat tawaran dari tempat kerja.

Lantaran itu, NTU akan membolehkan para mahasiswa untuk melakukan beberapa latihan amali pada satu masa dan pada tempoh yang ringkas semasa cuti semester nanti.

Sebuah projek diberi nama Projek Analisis Kesan COVID juga dirintiskan NTU sebagai satu pilihan alternatif bagi melibatkan penyertaan para mahasiswa.

Menurut NTU, projek itu membolehkan para mahasiswa menjalani latihan amali dalam sebuah syarikat bagi empat minggu pertama dan bagi empat minggu seterusnya, mereka akan membantu syarikat berkenaan melakukan analisa berhubung impak dibawa COVID.

NTU menambah beberapa syarikat juga menyediakan pilihan untuk mahasiswa melakukan latihan amali dari rumah.

Selain itu, NTU juga akan mempertimbangkan untuk mengadakan latihan amali di pertubuhan bukan mengambil untung jika sesuai dengan matlamat pembelajaran.

NUS pula sedang bekerjasama dengan rakan luar negara bagi menawarkan program dari rumah.

Di samping itu, peluang latihan amali masih ada bagi sektor-sektor IT dan jagaan kesihatan .

SMU pula menyaksikan beberapa latihan amali yang wajib dijalani terpaksa dibatalkan.

Namun, universiti itu menyatakan jumlah mahasiswa yang dapat melakukan latihan amali masih sama berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Mahasiswa SMU yang tawaran latihan amali mereka ditarik balik mungkin disertakan dalam syarikat yang mempunyai projek pada tempoh yang singkat.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan