COVID-19: Trafik penumpang Lapangan Terbang Changi merosot 32.8% pada Februari
Lapangan Terbang Changi mencatat kemerosotan tahunan sebanyak 32.8 peratus bagi jumlah penumpang bulan Februari. Ini disebabkan oleh permintaan penerbangan yang terus terjejas akibat keadaan COVID-19, menurut Changi Ariport Group (CAG) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (13 Mac).

(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi mencatat kemerosotan tahunan sebanyak 32.8 peratus bagi jumlah penumpang bulan Februari. Ini disebabkan oleh permintaan penerbangan yang terus terjejas akibat keadaan COVID-19, menurut Changi Ariport Group (CAG) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (13 Mac).
Jumlah penumpang yang dikendalikan bulan lalu seramai 3.45 juta adalah satu kemerosotan ketara berbanding 5.95 juta penumpang pada Januari. Selain itu, pergerakan pesawat merosot sebanyak 12.3 peratus berbanding tahun lalu kepada 26,200 pendaratan dan pelepasan.
China mencatat kemerosotan terbesar dalam kalangan pasaran utama Lapangan Terbang Changi sebanyak 92 peratus. Korea Selatan pula, negara yang mempunyai kes disahkan positif COVID-19 paling tinggi di luar China, mencatat kejatuhan 46 peratus.
Pergerakan penumpang ke Hong Kong menjunam sebanyak 75 peratus, manakala bagi Taiwan dan Thailand masing-masing merosot 38 peratus dan 33 peratus.
"Permintaan penerbangan terus terjejas akibat virus koronaCOVID-19. Bagi bulan Februari, semua rantau kecuali Afrika mencatat jumlah pelancong lebih rendah," menurut CAG.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.