Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Semua pekerja di cawangan terjejas McDonald's jalani Cuti Ketidakhadiran

Setelah tujuh kakitangan McDonald's Singapore dijangkiti COVID-19, syarikat itu pada Ahad (19 Apr) meletakkan semua anggota kakitangan yang bekerja di enam restoran terjejas di bawah Cuti Ketidakhadiran (LOA). 

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Semua pekerja di cawangan terjejas McDonald's jalani Cuti Ketidakhadiran

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 19 Apr 2020 07:52PM Dikemas Kini : 19 Apr 2020 07:58PM

SINGAPURA: Setelah tujuh kakitangan McDonald's Singapore dijangkiti COVID-19, syarikat itu pada Ahad (19 Apr) meletakkan semua anggota kakitangan yang bekerja di enam restoran terjejas di bawah Cuti Ketidakhadiran (LOA). Ini termasuk anggota kru di cawangan lain yang dipinjamkan ke restoran-restoran terjejas.

Pada Ahad juga, rangkaian restoran makanan segera itu menggantung semua operasi restorannya termasuk khidmat penghantaran dan pandu lalu mulai hari ini hingga 4 Mei. Ini atas nasihat Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai "tindakan pencegahan" melawan COVID-19 di Singapura.

Dalam responsnya kepada Mediacorp berhubung kes COVID-19 dalam kalangan pekerjanya itu, McDonald's Singapore menyatakan ia memindahkan anggota krunya ke cawangan -cawangan berbeza semasa tempoh pemutus rantaian, disebabkan "kesan daripada kekurangan pekerja warga Malaysia yang sedia ada". Ini katanya bagi menyokong keperluan tenaga kerja di sesetengah cawangan.

Tujuh pekerja yang dijangkiti COVID-19 itu bekerja di cawangan Lido, Forum Galleria, Parklane, Geylang East Central, Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan kedai pandu lalu di stesen minyak Shell di Tampines.

Mediacorp difahamkan anggota kru dari cawangan lain yang dipinjamkan ke enam cawangan tersebut terdedah kepada pekerja positif COVID-19 lantas, perlu juga menjalani LOA.

Kenyataan McDonald's pada 12 April lalu, apabila ia pertama kali mendedahkan lima daripada kakitangannya dijangkiti COVID-19, juga menunjukkan bahawa pekerja yang positif virus korona turut bekerja di cawangan-cawangan lain.

Seorang pekerja di cawangan Lido juga ditugaskan ke cawangan Parklane. Seorang lagi pekerja di cawangan Parklane ditempatkan di cawangab Lido buat beberapa hari.

McDonald's tidak memberikan pecahan terperinci kepada Mediacorp mengenai bilangan anggota kakitangan dari cawangan lain di samping enam cawangan terjejas yang sudahpun diletakkan di bawah LOA serta cawangan asal pekerja berkenaan.

McDonald's menyatakan: "Semua pekerja lain yang bekerja di restoran-restoran terjejas itu - tidak kira sama ada mereka bekerja dalam syif sama dengan pekerja terjejas - dimaklumkan untuk menjalani notis LOA 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga."

Pengumuman hari ini bahawa ia akan menggantung semua operasi sehingga 4 Mei dibuat dua hari selepas rangkaian makanan segera itu menyatakan semua khidmat bawa pulang makanan akan dihentikan dan hanya khidmat penghantaran serta pandu lalu kekal dibuka.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan