COVID-19: S'pura dan 12 negara lain ikrar kekalkan hubungan dan dagangan global
Menteri Luar dari 13 negara, termasuk Singapura, memberikan komitmen untuk mengekalkan hubungan global yang penting dalam sektor seperti perdagangan dan perjalanan, untuk mengurangkan gangguan akibat COVID-19 dan membantu pemulihan ekonomi.
(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Menteri Luar dari 13 negara, termasuk Singapura, memberikan komitmen untuk mengekalkan hubungan global yang penting dalam sektor seperti perdagangan dan perjalanan, untuk mengurangkan gangguan akibat COVID-19 dan membantu pemulihan ekonomi.
Negara-negara yang mengambil bahagian mengadakan sidang video pada Jumaat (17 Apr) sebagai sebahagian daripada Kumpulan Penyelaras peringkat Kementerian berhubung COVID-19 yang dianjurkan Kanada. Kumpulan itu termasuk Brazil, Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Mexico, Morocco, Peru, Korea Selatan, Turki dan United Kingdom.
Dalam satu pengisytiharan yang keluarkan selepas sidang tersebut kumpulan itu menarik perhatian tentang pentingnya mengekalkan hubungan pengangkutan udara, darat dan marin, serta ketersambungan rantaian bekalan.
Ini adalah untuk membantu individu yang mungkin terkandas di negara lain kembali ke negara asal, memastikan pengaliran barangan, serta pengagihan peralatan perlindungan peribadi dan ubat.
Kumpulan Menteri itu juga berikrar untuk menggalak dan melindungi perdagangan bebas, dan bersetuju bahawa tindakan kecemasan untuk menangani COVID-19 harus mengambil pendekatan tertumpu, telus serta sementara, dan tidak akan mewujudkan sekatan atau gangguan kepada rantaian bekalan global.
Mereka juga akur akan peranan penting masyarakat saintifik dalam memberikan bimbingan kepada pemerintah dalam menangani pandemik COVID-19.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.