COVID-19: Razer bakal agih 5 juta pelitup percuma kepada penduduk S'pura
Syarikat teknologi Razer akan mengagihkan pelitup pembedahan percuma kepada semua penduduk Singapura berusia 16 tahun dan ke atas, menerusi satu rangkaian mesin layan diri di merata negara, menurut syarikat itu pada Isnin (11 Mei).
(Gambar: Razer)
SINGAPURA: Syarikat teknologi Razer akan mengagihkan pelitup pembedahan percuma kepada semua penduduk Singapura berusia 16 tahun dan ke atas, menerusi satu rangkaian mesin layan diri di merata negara, menurut syarikat itu pada Isnin (11 Mei).
Sebanyak 20 mesin layan diri akan diletakkan di seluruh Singapura, termasuk di semua pusat beli-belah di bawah pengurusan Frasers Property Retail dan ruang kerja JustCo, menjelang 1 Jun.
Syarikat itu menganggarkan bahawa sekitar lima juta pelitup akan diagihkan, dan berharap inisiatif itu akan menyokong rancangan yang baru diumumkan pemerintah untuk menyediakan lebih banyak pelitup pakai semula bagi seisi keluarga.
Untuk mendapatkan pelitup itu, pengguna harus mendaftar bagi aplikasi mudah alih dompet digital, Razer Pay, untuk mengesahkan identiti masing-masing.
Apabila ujian beta bermula dalam beberapa hari akan datang, aplikasi itu akan memberikan kod kupon QR - yang sah diguna sehingga tiga bulan - untuk diimbas di mesin layan diri untuk mendapatkan pelitup tersebut.
Semua mesin juga dijadual siap dipasang secara bertahap menjelang 1 Jun, sebelum langkah "pemutus rantaian jangkitan" COVID-19 dijangka ditarik balik.
Razer menyatakan khidmat itu dilancarkan secara berperingkat bagi memastikan langkah jarak selamat dipatuhi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.