Skip to main content

COVID-19 ragut lebih 250,000 nyawa seantero dunia

Angka korban akibat jangkitan COVID-19 di peringkat global mencecah 250,000 orang pada Isnin (4 Mei) setelah jumlah jangkitan yang dicatatkan meningkat kepada lebih 3.5 juta, menurut data rasmi pemerintah yang dikumpul oleh agensi berita Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 ragut lebih 250,000 nyawa seantero dunia

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 May 2020 02:55PM Dikemas Kini : 05 May 2020 03:02PM

LONDON: Angka korban akibat jangkitan COVID-19 di peringkat global mencecah 250,000 orang pada Isnin (4 Mei) setelah jumlah jangkitan yang dicatatkan meningkat kepada lebih 3.5 juta, menurut data rasmi pemerintah yang dikumpul oleh agensi berita Reuters.

Kadar kematian akibat virus itu bagaimanapun semakin berkurangan.

Amerika Utara dan negara-negara Eropah membentuk sebahagian besar daripada keseluruhan kes kematian dan jangkitan baru yang dilaporkan sejak beberapa hari kebelakangan ini, namun kes-kes yang disahkan di Amerika Latin, Afrika dan Rusia kian meningkat.

Lebih 3,062 kematian baru dan lagi 61,923 kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di merata dunia dalam tempoh 24 jam lalu, membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 3.58 juta.

Ramalan mengenai jangkitan COVID-19 buat masa ini adalah jauh lebih rendah berbanding wabak selesema Sepanyol pada 1981, yang menjangkiti sekitar 500 juta orang dan meragut nyawa sekurang-kurangnya 10 peratus pesakit.

Sungguhpun demikian, para pakar khuatir data sedia ada tidak menunjukkan kesan sebenar pandemik COVID-19. Mereka menyuarakan keprihatinan itu sedang beberapa negara mula melonggarkan sekatan-sekatan perintah berkurung yang ketat, yang dipercayai dapat membantu membendung penularan virus tersebut.

Kematian pertama akibat COVID-19 dilaporkan pada 10 Januari lalu di Wuhan, China setelah virus korona itu dikesan pertama kali pada Disember.

Kadar kematian di peringkat global naik antara satu hingga dua peratus sejak kebelakangan ini, merosot berbanding 14 peratus pada 21 Mac, menurut data Reuters. 

Sumber : Reuters/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita