COVID-19: Presiden Duterte kekalkan peraturan jarak selamat 1m di Filipina
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengusulkan jarak selamat sekurang-kurangnya semeter untuk mengekang penularan virus tersebut.
(Gambar: AFP)
MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte memutuskan untuk mengekalkan peraturan jarak selamat satu meter di pengangkutan awam bagi mengurangkan jangkitan virus korona sambil menolak saranan untuk mengurangkan kepada 30cm, kata jurucakapnya hari ini (19 Sep).
Pakar-pakar kesihatan memberi amaran bahawa mengurangkan jarak antara penumpang dalam kereta api, bas dan jip mungkin mengakibatkan kes jangkitan di negara itu melonjakkan.
Ia kini mempunyai jumlah kes COVID-19 paling banyak di Asia Tenggara.
Encik Duterte mengkaji saranan dan memutuskan untuk mengekalkan keperluan jarak selamat satu meter termasuk melarang orang ramai makan dan berbual di pengangkutan awam, kata jurucakap presiden, Harry Roque, kepada rangkaian televisyen nasional PTV4.
Para penumpang masih perlu memakai pelindung dan pelitup muka sepanjang masa, katanya.
Kementerian Pengangkutan Filipina, yang pada Isnin mengurangkan jarak selamat kepada 75cm, 50cm pada 28 Sep dan 30cm pada 12 Oktober, bagi memberikan lebih ruang kepada para penumpang yang kembali bekerja sedang ekonomi dibuka semula bertahap-tahap, menyatakan pihaknya akan mematuhi keputusan Encik Duterte.
"Kami akan mematuhi dan melaksanakan jarak selamat satu meter dengan teliti di semua pengangkutan awam seperti dinyatakan dan diwajibkan," tambah kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengusulkan jarak selamat sekurang-kurangnya semeter untuk mengekang penularan virus tersebut.
Sistem pengangkutan Manila selalu sesak dengan penumpang lazimnya perlu ada beratur panjang dan beberapa kali menukar pengangkutan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.