Skip to main content

COVID-19: Prasekolah rancang teruskan dasar pakai pelitup atau pelindung muka bagi kanak-kanak bawah 6 tahun

Mulai Isnin (28 Sep), kanak-kanak berusia bawah enam tahun tidak lagi diperlukan memakai pelitup, tetapi beberapa prasekolah yang dihubungi Mediacorp berkata mereka akan meneruskan dasar memaki pelitup atau pelindung muka yang sedia ada untuk kanak-kanak bawah enam tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Prasekolah rancang teruskan dasar pakai pelitup atau pelindung muka bagi kanak-kanak bawah 6 tahun

(Gambar: EtonHouse)

Diterbitkan : 26 Sep 2020 12:19AM Dikemas Kini : 26 Sep 2020 12:23AM

SINGAPURA: Mulai Isnin (28 Sep), kanak-kanak berusia bawah enam tahun tidak lagi diperlukan memakai pelitup, tetapi beberapa prasekolah yang dihubungi Mediacorp berkata mereka akan meneruskan dasar memaki pelitup atau pelindung muka yang sedia ada untuk kanak-kanak bawah enam tahun.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, NTUC First Campus, yang mengendalikan prasekolah First Skool, menyatakan pihaknya akan terus menuruti garis panduan MOH untuk "menggalak kanak-kanak kecil supaya memakai pelitup atau pelindung muka" terutamanya ketika berada dalam sekitaran berkumpulan seperti di prasekolah.

"Kanak-kanak di MFS (My First Skool) sudah terbiasa memakai pelitup atau pelindung muka sejak beberapa bulan lalu dengan sokongan guru-guru kami. MFS sudah menyediakan sumber-sumber untuk membantu kanak-kanak apabila mereka kembali ke prasekolah dari rumah setelah tempoh pemutus rantaian jangkitan," menurut seorang jurucakap My First Skool.

Selain itu, pusat-pusat tersebut terus mendampingi ibu bapa untuk memastikan bahawa anak mereka memakai pelitup atau pelindung muka semasa di prasekolah. Malah, menurut jurucakap itu My First Skool juga akan terus mendidik kakitangan dan kanak-kanak tentang cara betul memakai, menanggalka dan mengendalikan pelitup dan pelindung muka.

Etonhouse International Education Group, yang mengendalikan prasekolah EtonHouse dan pengendali utama E-Bridge Pre-school, juga merancang untuk memastikan semua kanak-kanak di pusat-pusatnya yang berusia dua tahun dan ke atas terus memakai pelitup atau pelindung muka seperti dimaklumkan oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA), menurut pengarah eksekutif Encik Ng Yixian.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita