Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Permintaan bagi cecair, sabun pembasmi kuman, termometer masih tinggi

Permintaan bagi produk kesihatan dan pembersihan seperti cecair pembasmi kuman atau 'sanitiser', sabun antibakteria dan termometer terus meningkat, hampir sebulan sejak virus COVID-19 mula menular di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Permintaan bagi cecair, sabun pembasmi kuman, termometer masih tinggi

(Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 19 Feb 2020 10:58PM Dikemas Kini : 19 Feb 2020 11:03PM

SINGAPURA: Permintaan bagi produk kesihatan dan pembersihan seperti cecair pembasmi kuman atau 'sanitiser', sabun antibakteria dan termometer terus meningkat, hampir sebulan sejak virus COVID-19 mula menular di Singapura. Demikian menurut beberapa farmasi dan pasar raya yang dihubungi Mediacorp.

Virus itu, yang berasal dari wilayah Hubei, di China, dikesan di Singapura pada 23 Jan.

Kementerian Kesihatan mengumumkantiga kes baru hari ini (19 Feb), menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura sebanyak 84. 34 pesakit sudah dibenarkan pulang dari hospital manakala empat pesakit dalam keadaan kritikal.

Virus itu sudah meragut lebih 2,000 nyawa dan menjangkiti hampir 75,000 orang di merata dunia, kebanyakannya di tanah besar China.

PEMBEKAL TIDAK DAPAT PENUHI PERMINTAAN

Permintaan bagi sanitiser dan suplemen vitamin C meningkat mendadak lebih lima kali ganda dalam dua minggu pertama Februari, menurut seorang jurucakap NTUC Fairprice sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Lebih dua minggu selepas Singapura meningkatkan tahap penilaian risiko penyakit itu kepada Jingga, bekalan bagi jenama popular bahan-bahan pembasmi kuman terus merosot, menurut FairPrice.

Rangkaian pasar raya itu sudah menghubungi lebih banyak pembekal dari negara-negara lain untuk mendapatkan stok dan jenama alternatif bagi barangan yang mendapat permintaan tinggi. Menurutnya syarikat itu menambah bekalan di rak-rak cawangan dari gudang mereka setiap minggu.

STOK HABIS DIJUAL DALAM SEJAM

Pasar raya lain juga melaporkan situasi yang serupa.

Pasar raya Prime, yang mempunyai 21 cawangan, menyatakan penjualan syarikat itu naik hampir lima kali ganda berbanding lazimnya bagi barangan kesihatan dan pembersihan. Ini terutamanya bagi bahan pembasmi kuman dan sabun cuci tangan.

Menurut seorang jurucakap pasar raya itu, dengan permintaan yang "amat tinggi" sejak kebelakangan minggu ini, para pembekal menambah khidmat penghantaran dan jumlah barangan bagi memenuhi permintaan.

Meskipun Prime terus membawa masuk stok bagi barangan tersebut, ia habis sebaik sahaja ditambah di rak-rak.

Farmasi yang dihubungi Mediacorp juga menyaksikan permintaan yang tinggi bagi produk kesihatan.

Menurut Watson's, sejak dua minggu lalu penjualan sanitiser naik lebih 11 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu, manakala permintaan bagi termometer dan tisu alkohol naik tiga kali ganda. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan