Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Pemerintah beri bonus khas 1 bulan kepada pegawai kesihatan barisan hadapan

Para pegawai awam yang bertugas di barisan hadapan krisis COVID-19 akan diberi bonus khas satu bulan sebagai mengiktiraf keberanian mereka dengan "cara yang ketara", menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Jumaat (28 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Pemerintah beri bonus khas 1 bulan kepada pegawai kesihatan barisan hadapan

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 28 Feb 2020 01:14PM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 01:16PM

SINGAPURA: Para pegawai awam yang bertugas di barisan hadapan krisis COVID-19 akan diberi bonus khas satu bulan sebagai mengiktiraf keberanian mereka dengan "cara yang ketara", menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Jumaat (28 Feb).

"Sikap tidak mementingkan diri sendiri dan komitmen teguh para pekerja jagaan kesihatan kita amat menyerlah, sedang mereka dengan berani menjaga golongan yang terjejas dan tanpa mengenal penat terus berusaha untuk membendung penularan virus itu," puji Encik Heng semasa menggulung perbahasan Belanjawan di Parlimen.

"Mereka menjadi inspirasi kepada kita semua dan kecemerlangan mereka diiktiraf di seluruh dunia."

Sedang para Anggota Parlimen menepuk kerusi sebagai tanda sokongan, Encik Heng menyambung: "Kata-kata saja tidak cukup untuk menghargai mereka, kita akan menunjukkan penghargaan dan sokongan kita dengan cara yang ketara. Pemerintah akan memberikan pegawai awam di barisan hadapan yang sedang berjuang melawan virus korona COVID-19, sehingga satu bulan tambahan bonus khas."

Mereka yang memerangi penyakit tersebut secara langsung termasuk para pegawai jagaan kesihatan di Kementerian Kesihatan (MOH) dan hospital-hospital, serta pegawai-pegawai lain di agensi-agensi barisan hadapan yang terlibat secara langsung, kata beliau tanpa mendedahkan nama agensi-agensi itu.

Pegawai-pegawai awam lain yang menyumbang secara signifikan juga akan diiktiraf dengan cara yang sewajarnya, kata Encik Heng lagi.

GERAN SEKALI SAJA BAGI PHPC

Di samping itu, Singapura juga akan memberikan geran COVID-19 sekali saja kepada 900 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang diaktifkan untuk menangani krisis kesihatan ini, termasuk lebih 600 klinik biasa (GP) untuk menyokong "peranan aktif mereka dalam menjaga pesakit yang mengalami gejala pernafasan ".

Nilai geran tersebut tidak dinyatakan dalam ucapannya.

Kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan: "Tanda penghargaan ini dan banyak lagi kata-kata perangsang dan perbuatan muhibah adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada anda, 'Kami tabik kepada anda'."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan