COVID-19: Pasangan suami isteri di Makassar hasilkan pelitup jarang khas untuk golongan kurang daya pendengaran
Cuba meneka apa yang diperkatakan seseorang daripada pergerakan bibirnya menjadi lebih rumit apabila setiap orang kini memakai pelitup dalam tempoh pandemik COVID-19.

Dwi Rahayu dan suaminya Elfiandi dalam kalangan warga kurang daya pendengaran Indonesia yang menggunakan pelitup muka jarang untuk berkomunikasi. (Gambar: Agung Supriyanto/AFP)
MAKASSAR: Cuba meneka apa yang diperkatakan seseorang daripada pergerakan bibirnya menjadi lebih rumit apabila setiap orang kini memakai pelitup dalam tempoh pandemik COVID-19.
Namun, sepasang tukang jahit di Indonesia sudahpun mendapatkan huraian bagi mengatasi masalah itu - pelitup jarang.
Pasangan suami isteri di Makassar, Sulawesi, mula menghasilkan pelitup dengan menggunakan plastik jarang di bahagian tengahnya untuk membantu golongan kurang daya pendengaran.
"Sejak pandemik itu bermula, semua orang memakai pelitup muka. Bagi orang kurang daya pendengaran, mereka tidak dapat memahami apa yang diperkatakan orang lain kerana tidak dapat membaca bibir mereka," kata Cik Faizah Badaruddin., 52 tahun.
"Terdapat banyak salah faham," tambahnya.
Cik Faizah dan suaminya sebelum ini menjahit sarung bantal, cadar tilam dan langsir untuk para pelanggan.
Namun, apabila tempahan merosot, Cik Faizah menonton video online untuk mempelajari cara bagaimana menghasilkan pelitup buat orang kurang daya pendengaran.
Sejak awal April, perniagaan kecil itu sudahpun menghasilkan hampir 30 pelitup muka jarang sehari, dalam saiz kecil, sederhana dan besar.
Mereka menjualnya pada harga antara 10,000 rupiah hingga 15,000 rupiah (S$1.00 - S$1.40) sekeping.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.