Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: MOE panggil balik 2,300 pelajar politeknik, universiti di luar negara

Sekitar 2,300 pelajar di Universiti Autonomi dan politeknik yang ditempatkan secara rasmi di luar negara diminta pulang "secepat ia dapat dilakukan", menurut Kementerian Pendidikan (MOE).

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: MOE panggil balik 2,300 pelajar politeknik, universiti di luar negara

(Gambar: Darius Boey)

Diterbitkan : 30 Mar 2020 01:55PM Dikemas Kini : 30 Mar 2020 02:01PM

SINGAPURA: Sekitar 2,300 pelajar di Universiti Autonomi dan politeknik yang ditempatkan secara rasmi di luar negara diminta pulang "secepat ia dapat dilakukan", menurut Kementerian Pendidikan (MOE).

Menjawab pertanyaan dari Mediacorp, seorang jurucakap bagi kementerian pendidikan berkata bahawa pihaknya sedang bekerja rapat dengan institusi dan keduataan Singapura di luar negara "untuk menyediakan bantuan dan sokongan sewajarnya kepada para pelajar ini".

"Ini termasuk menyediakan nasihat dan/atau sokongan kewangan kepada para pelajar yang mungkin memerlukan bantuan dengan kos pemulangan lebih awal ke Singapura," menurut kementerian itu.

"Aturan pembelajaran alternatif juga akan disediakan kepada para pelajar ini supaya mereka dapat memenuhi syarat akademik mereka, tanpa sebarang kos tambahan ke atas mereka."

MOE dan Institut Pengajian Tinggi (IHL) mengumumkan pada 15 Mac bahawa kesemua program luar negara, termasuk latihan industri dan program pertukaran akan digantung sehingga hujung Julai.

Dalam satu pengumuman sebelum ini, kementerian pendidikan menarik perhatian bahawa pelbagai negara telah mengumumkan sekatan sempadan, dan universiti di merata dunia sudah beralih sepenuhnya kepada pembelajaran secara online dan turut menutup kampus mereka, termasuk asrama kampus.

Kementerian itu juga berusaha meredakan kebimbangan para pelajar mengenai kehilangan kredit yang diraih semasa tempoh mereka ditempatkan atau mengikuti program pertukaran di luar negara.

"Pertama sekali, tiada kelengahan pada tarikh tamat pengajian para pelajar. IHL akan menyokong para pelajar dengan menyediakan pembelajaran alternatif. Ini akan termasuk modul yang menawarkan kredit semasa penggal musim panas atau peluang melakukan latihan industri di Singapura," menurut MOE dalam satu keyataan media.

"Oleh kerana kebanyakan pelajar adalah pelajar tahun kedua atau ketiga, mereka juga mempunyai pilihan untuk mengambil kredit tambahan pada tahun berikutnya.

"Dalam beberapa minggu mendatang, IHL akan bekerjasama dengan setiap pelajar yang terjejas untuk mengaturkan pilihan sedemikian."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan