COVID-19: Korea Selatan lapor lebih 200 kes buat pertama kali sejak Sep
Perdana Menteri Korea Selatan mengeluarkan amaran awal ke atas dua wilayah, sedang negaranya menimbangkan dengan serius, pelaksanaan langkah jarak selamat lebih ketat.
Gambar fail orang ramai di Korea Selatan memakai pelitup di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: Reuters)
KOREA SELATAN: Perdana Menteri Korea Selatan mengeluarkan amaran awal ke atas dua wilayah, sedang negaranya menimbangkan dengan serius, pelaksanaan langkah jarak selamat lebih ketat.
Ini selepas ibu kota Seoul melaporkan 208 kes baru COVID-19.
176 daripadanya merupakan jangkitan dalam kalangan masyarakat tempatan iaitu jumlah tertinggi sejak awal September lalu.
Buat hari kedua berturut-turut, jumlah kes baru COVID-19 melebihi 200 kes.
Kebanyakan kes itu dilaporkan di Seoul dan Gyeonggi.
Pihak berkuasa menyalahkan kelompok jangkitan akibat perbuatan orang ramai berkumpul secara privet dan jangkitan di kemudahan awam seperti sauna dan kafe.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.