Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Jangkitan di Indonesia melepasi 17,000 selepas 529 lagi kes disah positif

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 17,000, dengan kes kematian berjumlah 1,089 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Jangkitan di Indonesia melepasi 17,000 selepas 529 lagi kes disah positif

Orang ramai menaiki kereta api semasa pelaksanaan sekatan berskala besar oleh pemerintah Indonesia untuk membendung penularan COVID-19 di Jakarta. (Gambar: Willy Kurniawan/REUTERS)

Diterbitkan : 16 May 2020 07:54PM Dikemas Kini : 16 May 2020 07:56PM

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 17,000, dengan kes kematian berjumlah 1,089 orang.

Sebanyak 529 lagi kes positif baru virus itu direkodkan bagi tempoh 24 jam, menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19 di Indonesia kini seramai 17,025 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Encik Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12.00 tengah hari semalam sehingga 12.00 tengah hari ini, sebanyak 13 lagi kematian berlaku, menjadikan kes kematian akibat virus itu kini berjumlah 1,089 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 460 kes, diikuti Jawa Timur (183 kes), Jawa Barat (100) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan