Skip to main content

COVID-19: Industri Bollywood terjejas, ribuan hilang pekerjaan

Industri perfileman Bollywood turut terjejas akibat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Industri Bollywood terjejas, ribuan hilang pekerjaan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 May 2020 05:09PM Dikemas Kini : 16 May 2020 05:13PM

NEW DELHI: Industri perfileman Bollywood turut terjejas akibat pandemik COVID-19.

Rakaman filem terpaksa ditangguhkan dengan krew, pelakon dan penerbit kini majoritinya tidak dapat berkarya.

Salah seorang bintang Bollywood Salman Khan, kini menyumbang tenaga untuk menggalakkan orang ramai agar kekal di rumah.

Salman sendiri kekal di rumah mewahnya semasa perintah berkurung seluruh India sekarang.

Penggambaran filem terbarunya juga terpaksa dibatalkan akibat COVID-19.

Ia sepatutnya dilancarkan bulan ini.

Akibat COVID-19 juga, semua pawagam di India kini ditutup dan industri Bollywood tergendala.

Walaupun perbincangan dan perancangan filem Bollywood masih boleh diteruskan menerusi wadah Zoom dan sebagainya, penggambaran tidak dapat dijalankan.

Ini sebaliknya menyebabkan kerugian besar.

Lazimnya industri Bollywood menghasilkan sekitar 2,000 filem setahun.

Tahun lalu pendapatan Bollywood adalah sekitar AS$2.4 bilion (S$3.4 bilion).

Namun sekarang, ribuan orang kehilangan pekerjaan dalam industri Bollywood.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita