COVID-19: Hampir 3,000 anak kapal Mein Schiff 3 dikuarantin
Hampir 3,000 anak kapal dikuarantin di atas sebuah kapal pesiaran milik gergasi pelancongan Jerman, TUI selepas seorang pekerja diuji positif COVID-19, menurut syarikat itu pada Jumaat (1 Mei).
Imej SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19. (Gambar: AFP)
BERLIN: Hampir 3,000 anak kapal dikuarantin di atas sebuah kapal pesiaran milik gergasi pelancongan Jerman, TUI selepas seorang pekerja diuji positif COVID-19, menurut syarikat itu pada Jumaat (1 Mei).
Seramai 15 anak kapal, Mein Schiff 3, menjalani saringan kesihatan selepas menunjukkan gejala selesema ringan dan seorang daripada mereka disahkan positif wabak berkenaan.
Menurut TUI dalam kenyataannya, kesemua 2,899 kru terbabit akan menjalani kuarantin di atas kapal itu di pelabuhan Cuxhaven di pantai Laut Utara Jerman sehingga notis lanjut dikeluarkan.
Bagaimanapun, katanya lagi, tiada penumpang berada di atas kapal tersebut, tambah TUI.
TUI, peneraju pelancongan global, bersetuju untuk mengambil pinjaman sementara bernilai 1.8 billion euro (S$1.9 billion) daripada pemerintah Jerman bagi mengurangkan kesan COVID-19 ke atas sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan pandemik tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.