Skip to main content

COVID-19: Gabenor Jakarta bidas garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan

Gabenor Jakarta Anies Baswedan membidas garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Indonesia berhubung sekatan sosial berskala besar.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Gabenor Jakarta bidas garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan

(Gambar: AFP/Juni Kriswanto)

Diterbitkan : 06 Apr 2020 08:23PM Dikemas Kini : 06 Apr 2020 08:27PM

JAKARTA: Gabenor Jakarta Anies Baswedan membidas garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Indonesia berhubung sekatan sosial berskala besar.

Beliau menyifatkan garis panduan itu sebagai "tidak menekankan peri pentingnya keperluan keadaan".

Baru minggu lalu, Presiden Indonesia Joko Widodo mengatakan beberapa wilayah di negara itu akan melaksanakan sekatan sosial termasuk penutupan sekolah, pejabat dan tempat ibadah.

Namun, permit diperlukan sebelum langkah itu boleh diambil.

Setakat semalam (5 Apr), tiada wilayah yang membuat permohonan bagi permit itu yang memerlukan sebab-sebab untuk melaksanakan sekatan pergerakan.

Jumlah kes positif COVID-19 di Jakarta mencecah 2,273 kes dengan 198 kematian dilaporkan.

Sumber : Agensi berita/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita