Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: G20 ikrar sokong pasaran buruh yang terjejas teruk

Menteri-menteri buruh dan pekerjaan daripada Kumpulan G20 berikrar untuk mendukung pasaran buruh yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: G20 ikrar sokong pasaran buruh yang terjejas teruk

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Apr 2020 01:40PM Dikemas Kini : 24 Apr 2020 01:42PM

RIYADH: Menteri-menteri buruh dan pekerjaan daripada Kumpulan G20 berikrar untuk mendukung pasaran buruh yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

"Kita tidak boleh membenarkan COVID-19 untuk meluaskan lagi ketidaksamarataan, termasuk ketidaksamarataan jantina, dalam pasaran buruh serta menjejas kemajuan yang telah dicapai sejauh ini.

"Negara-negara kami akan terus meneroka cara bagi menyokong perniagaan serta majikan, terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana, agar mampu mengekalkan pekerjaan serta menyokong pekerja yang terjejas sepanjang tempoh mencabar kini.

"Langkah-langkah akan dibangunkan mengikut keadaan negara dan mungkin termasuk pemindahan tunai, kredit cukai, geran, pinjaman serta subsidi gaji," kata menteri-menteri tersebut selepas satu mesyuarat maya yang dipengerusikan Arab Saudi selaku Presiden G20 sekarang.

Selasa lalu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), memberi amaran bahawa kesan ekonomi akibat krisis COVID-19 "menjejas teruk" para pekerja dan majikan dengan "kehilangan besar-besaran" pekerjaan dan pengeluaran merentasi semua sektor.

"Dunia pekerjaan sedang berdepan krisis global terburuk sejak Perang Dunia II.

"Kesan terhadap ekonomi akibat pandemik itu berkemungkinan amat teruk dan berlanjutan," kata Pengarah Dasar-Dasar Sektor ILO, Alette van Leur.

Namun, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpangkalan di Geneva itu, dalam sebarang tindakan menarik balik sekatan pergerakan, mereka yang kembali bekerja harus mempunyai langkah perlindungan betul bagi mencegah pandemik COVID-19 daripada berulang semula.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan