Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: 85 rakyat, penduduk S'pura dibawa pulang dari Arab Saudi

85 rakyat dan penduduk Singapura tiba di sini pada Jumaat pagi (24 Apr) setelah mereka dibawa pulang dari Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Apr 2020 12:35PM Dikemas Kini : 24 Apr 2020 10:04PM

SINGAPURA: 85 rakyat dan penduduk Singapura tiba di sini pada Jumaat pagi (24 Apr) setelah mereka dibawa pulang dari Arab Saudi.

Kumpulan itu termasuk 40 pelajar yang menuntut di Arab Saudi serta tanggungan mereka, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan media.

Mereka ditempatkan di atas "penerbangan penghantaran balik khas yang diatur oleh Pemerintah Singapura", menurut MFA, sambil menambah bahawa penerbangan itu diatur kerana Arab Saudi menggantung semua khidmat penerbangan komersil akibat penularan COVID-19.

Kedutaan Singapura di Riyadh dan Pejabat Konsul Jeneral Singapura di Jeddah menyelaraskan urusan penghantaran balik dan operasi darat di Arab Saudi bagi pesawat itu, menurut kementerian tersebut.

Mereka yang baru pulang akan menjalani pengasingan diri selama 14 hari di sebuah kemudahan khas setibanya mereka di Singapura.

"Pemerintah Singapura ingin melahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi kerana memudahkan urusan membawa pulang penduduk Singapura dengan selamat," menurut MFA.

Ratusan rakyat Singapura sudah dibawa pulang di tengah-tengah sekatan pergerakan dan perjalanan COVID-19 di seluruh dunia.

Awal bulan ini, lebih 200 penduduk Singapura dibawa pulang dari Mesir.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan