Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: 7 negara Arab terus catat lebih banyak kematian

Tujuh negara Arab terus mencatatkan lebih banyak kematian dan kes baru COVID-19 pada Selasa (7 Jul) sedang negara-negara tersebut berjuang membendung penularan pandemik maut itu, lapor agensi berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: 7 negara Arab terus catat lebih banyak kematian

Jumlah kes baru COVID-19 dilaporkan bertambah sejak pemerintah Mesir melonggarkan sekatan perintah berkurung sebelah malam. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 08 Jul 2020 03:54PM Dikemas Kini : 08 Jul 2020 03:56PM

ISTANBUL: Tujuh negara Arab terus mencatatkan lebih banyak kematian dan kes baru COVID-19 pada Selasa (7 Jul) sedang negara-negara tersebut berjuang membendung penularan pandemik maut itu, lapor agensi berita Anadolu.

Kementerian Kesihatan Algeria dalam satu kenyataan menyatakan sembilan lagi kematian dilaporkan, menjadikan keseluruhan korban seramai 968 orang.

Jumlah kes pula mencecah 16,879 iaitu peningkatan sebanyak 475 sementara 210 pesakit sudah sembuh, menjadikan keseluruhan seramai 12,094 orang.

Di Yaman, tiga lagi kematian dilaporkan sekali gus menjadikan angka korban 348 manakala jumlah jangkitan adalah 1,297 selepas pertambahan 13 kes baru dan seramai 591 pesakit sudah sembuh. 

Dua lagi kematian dicatatkan di Bahrain, menyaksikan 98 orang menjadi korban setakat ini dan keseluruhan pesakit yang sudah sembuh pula seramai 25,178 orang.

Sebanyak 964 kes baru dilaporkan di negara itu, meningkat menjadi 29,821.

Tunisia menyaksikan enam lagi kes baru menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 1,205 dengan jumlah pesakit pulih 1,049. Angka korban pula 50 orang.

Di Lubnan, wabak maut itu kini sudah menjangkiti 1,907 orang dengan 22 kes baru dan meragut 36 nyawa manakala 1,348 pesakit sudah pulih. 

Jordan pula melaporkan dua lagi kes baru dan 10 kematian setakat ini.

Mesir menyaksikan 67 kematian menjadikan keseluruhan korban 3,489 sementara pesakit yang sembuh meningkat 480 orang menjadi 21,718.

Sebanyak 1,057 kes baru dilaporkan, melonjak kepada 77,279.

Wabak COVID-19 sudah meragut lebih 543,000 nyawa di 188 negara dan wilayah sejak ia mula dikesan di Wuhan, China, Disember lalu.

Lebih 11.79 juta kes dilaporkan di seluruh dunia manakala pemulihan melebihi 6.41 juta pesakit, menurut data Johns Hopkins University. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan