COVID-19: 3 jenis mutasi baru dikesan di Korea Selatan
Tiga mutasi virus COVID-19 dikesan di Korea Selatan dalam kalangan tiga kes import, menurut penguasa kesihatan awam negara itu pada Isnin (10 Ogos), seperti yang dilaporkan oleh Yonhap.
(Gambar: Kim Kyung-Hoon/REUTERS)
SEOUL: Tiga mutasi virus COVID-19 dikesan di Korea Selatan dalam kalangan tiga kes import, menurut penguasa kesihatan awam negara itu pada Isnin (10 Ogos), seperti yang dilaporkan oleh Yonhap.
Jenis mutasi yang dikesan termasuk dalam 'kandungan tinggi protein' virus itu, yang diketahui dapat membantu COVID-19 menembusi sel manusia, lapor agensi berita itu. Ia menambah jangkitan import tersebut melibatkan dua orang dari Pakistan dan satu dari Uzbekistan.
Menurut Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), mutasi baru itu berbeza daripada 78,810 urutan genom COVID-19 yang didaftarkan dalam pangkalan data GISAID - sebuah inisiatif perkongsian data demam selsema yang mengesan perubahan genetik, atau mutasi.
"Penemuan terbaru itu tidak akan mempengaruhi ujian tindak balas rantai polimerase sedia ada tetapi kami merasa perlu untuk mengetahui apakah ia mempunyai tahap jangkitan yang berbeza," kata ketua KCDC Jeong Eun-kyeong, seperti yang dilaporkan oleh Yonhap.
"(Tiga orang) diasingkan setibanya mereka di negara ini. Tidak ada orang yang berhubungan dengan mereka di negara ini," tambah beliau.
Dapatan itu berdasarkan analisis KCDC mengenai urutan genom daripada 776 pesakit COVID-19, termasuk 597 jangkitan tempatan dan 179 kes import, lapor Yonhap.
Korea Selatan mengenal pasti 28 kes baru COVID-19 pada Isnin, termasuk 17 jangkitan tempatan sekali gus menambah jumlah kes kepada 14,626, menurut KCDC.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.