Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: 2 rakyat M'sia atas kapal Diamond Princess diuji positif dan dirawat di Jepun

Dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di negara tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: 2 rakyat M'sia atas kapal Diamond Princess diuji positif dan dirawat di Jepun

2 rakyat M'sia di atas kapal Diamond Princess disahkan positif COVID-19.

Diterbitkan : 18 Feb 2020 12:44PM Dikemas Kini : 18 Feb 2020 12:47PM

KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di negara tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebook rasmi miliknya hari ini (18 Feb) berkata, selain itu terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan ujian COVID-19.

“Kapal pesiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin, mencatatkan kes kelompok terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif.

“Terdapat dua rakyat Malaysia yang disahkan positif COVID-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian COVID-19 di atas kapal tersebut. Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun,” menurut catatan itu.

Semalam, media melaporkan sebanyak 455 penumpang kapal itu disahkan positif COVID-19 sehingga kini.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan