COVID-19: 2 bangunan yang didiami anggota kumpulan Gereja Shincheonji dikenakan kuarantin
Dua bangunan yang didiami ramai anggota kumpulan Gereja Shincheonji di bandar Daegu sudah dikenakan kuarantin setelah 46 penduduknya diuji positif COVID-19.
(Gambar: AFP/Jung Yeon-je)
DAEGU, KOREA SELATAN: Dua bangunan yang didiami ramai anggota kumpulan Gereja Shincheonji di bandar Daegu sudah dikenakan kuarantin setelah 46 penduduknya diuji positif COVID-19.
Lebih 140 orang menetap di dua bangunan itu termasuk 94 anggota gereja tersebut yang dikaitkan dengan sebahagian besar kes jangkitan COVID-19 di Korea Selatan.
Hari ini (7 Mac), Korea Selatan melaporkan 448 lagi kes jangkitan baru iaitu yang terbesar di luar China, menjadikan jumlah keseluruhannya lebih 7,000 kes.
Jumlah kematiannya pula bertambah dua kepada 44 orang.
Pihak berkuasa masih menjalankan pemeriksaan terhadap lebih 260,000 pengikut Gereja Shincheonji.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.