Skip to main content

Iklan

Iklan

Cawangan F&B harus periksa alamat pelanggan duduk makan lebih 2 semeja

Cawangan-cawangan makanan dan minuman (F&B) seharusnya menjalankan pemeriksaan bagi bukti kediaman apabila kumpulan lebih dua individu duduk makan di luar bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
Cawangan F&B harus periksa alamat pelanggan duduk makan lebih 2 semeja

Gambar: Jeremy Long

Diterbitkan : 10 Nov 2021 02:41PM Dikemas Kini : 10 Nov 2021 02:43PM

SINGAPURA: Cawangan-cawangan makanan dan minuman (F&B) seharusnya menjalankan pemeriksaan bagi bukti kediaman apabila kumpulan lebih dua individu duduk makan di luar bersama.

Pemeriksaan itu boleh dilakukan dengan menyemak NRIC atau aplikasi Singpass pelanggan, menurut pihak berkuasa.

Kanak-kanak yang tidak memiliki sebarang bentuk pengenalan diri sedemikian boleh dibenarkan masuk berdasarkan "pengisytiharaan" tempat tinggal mereka.

Makluman itu dikeluarkan hari ini(10 Nov), iaitu hari pertama individu lengkap divaksin daripada keluarga yang sama boleh duduk makan di luar dalam kumpulan sehingga lima orang.

Perincian lanjut pelaksanaan peraturan itu dinyatakan dalam kenyataan nasihat bersama yang dikeluarkan oleh Enterprise Singapore, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Agensi Makanan Singapura (SFA), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Peraturan itu bagaimanapun tidak dilaksanakan di pusat-pusat penjaja dan kedai-kedai kopi di mana had makan di luar dikekalkan sehingga dua orang yang lengkap divaksin sekumpulan.

"Tindakan tegas penguatkuasaan akan diambil ke atas sesiapa yang menipu diri mereka serumah dan juga cawangan F&B yang tidak melaksanakan pemeriksaan sewajarnya," menurut pihak berkuasa.

Para individu akan didenda manakala cawangan F&B tersebut pula akan dikenakan perintah tutup serta-merta. Denda akan dikenakan meskipun mereka pesalah kali pertama, menurut kenyataan itu lagi.

Mulai hari ini, cawangan-cawangan F&B juga boleh memainkan muzik meskipun muzik dan hiburan secara langsung terus dilarang.

Pelonggaran sekatan dilaksanakan sedang keadaan COVID-19 "semakin stabil" dengan Singapura "berada di kedudukan lebih baik untuk melonggarkan beberapa langkah-langkah pengurusan selamat kita tanpa membebankan sistem jagaan kesihatan kita," kata pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian, Encik Gan Kim Yong pada Isnin (8 Nov).  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan