Carikan Gaza laksana kepungan 48 jam bagi bendung COVID-19
Carikan Gaza sedang dikenakan kepungan sepenuhnya selama 48 jam mulai hari ini (25 Ogos) bagi mencegah penularan lanjut COVID-19 dalam masyarakat.
(Gambar: Mohammed ABED/AFP)
GAZA: Carikan Gaza sedang dikenakan kepungan sepenuhnya selama 48 jam mulai hari ini (25 Ogos) bagi mencegah penularan lanjut COVID-19 dalam masyarakat.
Semua sekolah, masjid, pasar, dewan serba guna serta kelab sukan ditutup.
Tindakan tersebut dilakukan setelah kes pertama jangkitan dalam masyarakat dikesan di wilayah Palestin ini pada Isnin (24 Ogos).
Empat kes itu dikesan di sebuah kemah pelarian dan melibatkan sebuah keluarga.
Menjelang kepungan ketat itu para penduduk bergegas membeli bekalan makanan dan keperluan lain.
Sebelum ini 109 kes jangkitan COVID-19 dengan satu kematian di Gaza hanya berlaku di pusat-pusat kuarantinnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.