Skip to main content

Iklan

Iklan

Caregivers Alliance Limited sediakan bantuan online untuk pengasuh sewaktu COVID-19

Menjaga anggota keluarga yang sakit atau kurang upaya di rumah menjadi lebih mencabar di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan langkah jaga jarak selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
00:47 Min
Menjaga anggota keluarga yang sakit atau kurang upaya di rumah menjadi lebih mencabar di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan langkah jaga jarak selamat.
Diterbitkan : 17 May 2020 06:01PM Dikemas Kini : 17 May 2020 08:56PM

SINGAPURA: Menjaga anggota keluarga yang sakit atau kurang upaya di rumah menjadi lebih mencabar di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan langkah jaga jarak selamat.

Sedang tekanan dan tanggungjawab penjaga bertambah, kumpulan sokongan meluahkan keprihatinan bahawa ramai yang tidak tampil meminta bantuan.

Jumlah pengasuh di negara ini dianggarkan lebih 210,000.

Bagi memastikan mereka mendapat sokongan diperlukan, pertubuhan seperti Caregivers Alliance Limited (CAL) menyediakan bantuan online.

Kesemua kegiatan fizikal dihentikan dan pejabatnya ditutup disebabkan langkah jaga jarak selamat.

Jumlah pengasuh yang dirujukkan oleh Institut Kesihatan Mental kepada kumpulan itu naik kepada 24 kes pada April berbanding 15 kes secara purata setiap bulan.

Beberapa lagi kumpulan turut membuka wadah lain seperti talian bantuan untuk para pengasuh mendapatkan sokongan pada masa sukar ini.

Sumber : CNA/RU/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan