Skip to main content

Calon bebas di SMC Pioneer, rancang bertanding dalam pilihan raya umum sejak 2011

Calon bebas di SMC Pioneer, Cheang Peng Wah berkata beliau sudah pasang niat untuk bertanding dalam pilihan raya umum sejak beberapa dekad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Calon bebas di SMC Pioneer, rancang bertanding dalam pilihan raya umum sejak 2011

Encik Cheang Peng Wah (kedua dari kiri). (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 06 Jul 2020 08:34PM Dikemas Kini : 06 Jul 2020 08:41PM

SINGAPURA: Calon bebas di SMC Pioneer, Cheang Peng Wah berkata beliau sudah pasang niat untuk bertanding dalam pilihan raya umum sejak beberapa dekad lalu.

Malah, Encik Cheang 62 tahun, sudah mengambil borang pencalonan pada 2011, tetapi tidak dapat bertanding kerana tugasan.

Namun sekarang, COVID-19 memaksanya kekal di Singapura dan ini memberikannya peluang untuk berhubung semula dengan mereka yang pernah menyokongnya.

Encik Cheang kembali dari China Disember lalu, di mana beliau bertugas sebagai perunding cara bagi syarikat-syarikat SME.

Beliau bersaing dengan calon PAP dan PSP di SMC Pioneer.

Encik Cheang berkata beliau mahu menangani isu seperti denggi dan membaiki papan tanda bagi golongan warga emas di kawasan undi itu.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita