Skip to main content

Iklan

Iklan

Budak 12-17 tahun boleh segera dapatkan vaksinasi COVID-19 Sinovac: Jokowi

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata pada Isnin (28 Jun) bahawa vaksinasi COVID-19 ke atas kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun boleh dimulakan dengan serta-merta.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak 12-17 tahun boleh segera dapatkan vaksinasi COVID-19 Sinovac: Jokowi

Seorang wanita mengambil vaksin AstraZeneca COVID-19 semasa program vaksinasi besar-besaran di Sanur, Bali, Indonesia pada 23 Mac 2021. (Gambar: Nyimas Laula/REUTERS)

Diterbitkan : 28 Jun 2021 08:34PM Dikemas Kini : 28 Jun 2021 08:35PM

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata pada Isnin (28 Jun) bahawa vaksinasi COVID-19 ke atas kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun boleh dimulakan dengan serta-merta.

Ini selepas agensi makanan dan ubat-ubatan (BPOM) negara itu meluluskan kegunaan kecemasan vaksin keluaran Sinovac Biotech dari China bagi individu semuda 12 tahun.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, Presiden Joko Widodo menarik perhatian bahawa BPOM sudah mengeluarkan kebenaran bagi kegunaan kecemasan bagi vaksin itu dan beliau gembira atas langkah tersebut.

"Maka vaksinasi bagi kanak-kanak golongan usia itu boleh dimulakan serta-merta," ujarnya.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa usaha negara memberi suntikan vaksin kepada 1.3 juta orang pada Sabtu melepasi sasaran satu juta orang mulai Julai. Kadar vaksinasi pada bulan ini adalah sekitar 700,000 suntikan setiap hari.

Presiden Jokowi juga melahirkan harapan agar kadar vaksinasi akan terus kekal stabil pada Julai dan menetapkan sasaran dua juta orang setiap hari pada Ogos.

Setakat Isnin, Indonesia mencatatkan 2,135,998 kes dan 57,561 kematian akibat COVID-19.

Lonjakan kes itu diramalkan berterusan sehingga sekurang-kurangnya awal Julai kerana musim cuti sebelum ini menyebabkan kenaikan kes COVID-19 sehingga tujuh minggu berikutnya.

Indonesia sudahpun menerima 104.7 juta vaksin dengan sebahagian besarnya daripada Sinovac, disusuli AstraZeneca dan Sinopharm. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan